Banyak betul agenda bermain-main dalam kepala Mak Buyung ini. 😀 (Saya sedang mengandungkan anak kedua – 8 bulan dah, bersalin awal bulan 6, hehe),
Sempat lagi plan untuk tempat menjahit saya.
Mulalah berangan…
 
Saya memang mengidam tempat menjahit dimana mesin-mesin diletakkan di atas meja dan mesti kena ada patung, susah maa kalau tak ada patung, dah siap nak suit kat badan tak nampak, lagi-lagi tengah mengandung ni, melebar sana-sini.. hehe (Sumber : Klik)
Sewing Studio saya? hehe
Rumah saya kecil, bilik pun 2 saja, barangan menjahit pun kongsi bilik dgn anak, sementara.. ok la kan, ada rumah sendiri seronok jugam boleh plan macam-macam ~mode : berangan~
Plan saya untuk susunatur ruang menjahit

 

1. Almari untuk alatan jahit, kain-kain dan aksesori
2. Ruang / Meja mesin jahit – sekarang saya ada dua mesin jahit (satu portable, satu ada meja)
3. Patung (Patung Mannequin cantik kan, macam ganbar kat atas ni) dan tempat penyidai baju untuk baju yang telah siap dan digosok
4. Saya amat memerlukan  kain langsir atau wall paper untuk ambil gambar baju2 saya sebagai portfolio atau jualan
Dua daripada empat telah tercapai, ada lagi dua yang perlu diusahakan lagi, ye ye saya sedang survey2 patung dan kain langsir yang sesuai dengan tema blog saya.
Insya Allah, akan diusahakan dalam masa terdekat. Mudahkanlah Ya Allah. 😀
Bismillahirahmanirahim…
Assalamualaikum w.b.t.
Terima kasih kerana datang ke blog saya, saya sudah lama mengidamkan laman blog ini untuk menjadi sebagai port folio dalam bidang jahitan dan fesyen semasa.
Dan, bukan itu sahaja, mungkin kita boleh berkongsi-kongsi idea, inspirasi untuk menjadi lebih baik daripada semalam.
Saya mula berminat dengan alam jahitan dan fesyen semasa sejak mula bekerja di salah sebuah jabatan kerajaan yang agak terkenal di Malaysia dan masih mampu lagi meneruskan pelajaran yang lebih tinggi.
Saya sangat berharap, dalam beberapa tahun lagi saya dapat menjahit baju untuk semua family saya dan menjadikan cara ini sebagai pendapatan sampingan sebab saya amat meminati bidang perniagaan (Sunnah Rasulullah s.a.w).
Sekian, terima kasih dan jemput datang lagi ke blog saya. 😀