Archive

Uncategorized

Advertisements

Bestnya dapat gunting baru, jenama NIBBO, ada kat kedai tu, gunting kain ni mmg best sebab berat dan tajam. Macam gunting orang dulu-dulu, ada jual kat certain kedai menjahit aje. Bukan senang nak cari, cari kat ceruk-ceruk. Hehe.

Ada caranya nak asah gunting kain ni, pi gunting botol kicap(kaca), hehe, tak caya, test2…

 

Antara tiga-tiga gunting ni jenama NIBBO ni paling ok, yang lain klon je, guna tak lama, skru nak tertanggallah, tak tajamlah. Yang paling penting, jangan guna gunting kain untuk gunting kertas atau lain-lain mmg hampeh, langsung tak leh nak pakai nanti.

 

Eh ada lagi yang dibuat ni, haa, bed sheet tu dah lama sangat dah terletak, pastu nak buat quilt Aisyah, lamanya tertangguh, menyiapkan tempahan. Takpe2, minggu ni last untuk tempahan, so boleh concentrate dengan yang ada kat rumah.

Patutlah, tukang-tukang jahit ni selalu cerita, time raya tak sempat nak pakai baju raya sebab tempahan punya la bertimbun, last minute tempah pun dah biasa, mana dan nak  buat untuk keluarga sendiri, 😀 ye tak? hehe

Mohon pada Allah s.w.t adalah masa minggu ni untuk aktiviti mulia ini, langsir baru pun tak jahit habis lagi ni, kang dah deliver kang langsung tinggal tu semua. Hehe.

Senarai keperluan yang perlu dijahit :-

  • Bedsheets (Baby Coat)
  • Quilt Aisyah (tgh cari idea ni, tak berapa pasti dengan cara jahit quilt yang pusing-pusing tu)
  • Langsir raya untuk rumah (2 bilik, ruang tamu dan dapur, opss juga pintu bilik)
  • Alas meja (belum dapat material lagi, tapi contoh boleh dapat kat sini, tipnut.com.. macam2 jenis ade kan)

Wah, best-best deco rumah, buatan tangan sendiri, belasah je la if tersalah dari yang kita estimate. Kata baru belajar kan, hehehe, mungkin permulaan kita wat salah, tapi if tak cuba mana nak tau kelebihan kita kan. Bak kata ‘Kekurangan kita sekarang, adalah kelebihan kita pada masa akan datang, so positif aje’ hehe..

Mestilah bestkan nak menyambut baby kedua, macam-macam perasaan dalam hati ni, tak tau apa akan jadi esok. Barang-barang semua dah ada, due date mungkin awal (tapi yang dulu delay 3 hari), husband biarlah dia lambat sikit gi outstation, Aisyah.. kalo ibu dia kena tahan wad, janganlah dia merengek nak tido dengan ibu (masuk cara seludup pun belum tentu lepas, hehe) neneknya lah jadi teman.