Archive

Artikel

Alhamdulillah, kejar, punya kejar, hampir 70% dah persiapan untuk kelahiran baby kedua ni. Macam-macam perasaan sebenarnya ni, hari ni check up nurse dah kata, baby dah masuk dah saluran dia, dah boleh prepare dah untuk ke hospital. πŸ˜€

Persiapan nak beli-beli tu dah abis dah, last shopping semalam. hehe. Tinggal yang kat rumah ni je, nak susun atur barang, anak dah bertambah πŸ˜€ Bedsheet pun tak jahit lagi ni, selimut lagi (sibuk siapkan tempahan dress, takut dah nak bersalin tak sempat pula, sian yg order)

Baju baru byk juga belikan untuk dia, baju kakak dia mmg ade, tp tak sampai hati pula, pakai sebagai pelasah ok lah kan, ni pun baby baru, nak juga yang baru, hehe ye ye ibu belikan

For The Baby (98%):

  • Baju (For Newborn) 4 helai (siap)
  • Pampers new born baby (siap)
  • Sarung kaki & tangan 2 set ( siap)
  • Barut (siap)
  • Botol susu (siap)
  • Set bantal dan tilam baby (siap)
  • Baby wipes(siap)
  • Toiletries (siap )
  • Cotton buds & ball (siap)
  • Mosquito Net (siap)
  • Minyak telon (siap)
  • Bakul baju baby (siap)
  • Bath Tub (siap)
  • Towel 2 helai (siap)
  • Blanket (siap)
  • Changing mat (ni kena check balik)
  • Napkin (siap)
  • Termos (siap)
  • Handkerchief (siap)

For The Mommy (90%):Β Β Β 

Barangan nak packing stand by dlm kereta

  • Maternity Pad
  • Stokin 2 pasang
  • Tuala (siap)
  • Kain batik dan baju lengan panjang 2p (siap, saya buat satu dress lycra, mmg terus sarung nanti)
  • Sweater 1p (siap)
  • Slipper
  • Toiletries (berus gigi, sikat, sabun)
  • Plasticbag
  • Mineral water/air selusuh/ minyak angin (ni belum lagi, kena gi jumpa ustaz dulu)
  • kad hospital (siap)

Barangan perlu ada masa berpantang

  • Set Bersalin (Nona Roguy) (siap, dapat diskaun 20% :D)
  • Nursing bra (4 helai) (siap) (beli di Mom’s Little Ones juga, dapat diskaun)
  • Bengkung (rasa nak beli baru)
  • Supplement untuk menambahkan susu ibu (hari tu ada nampak jual kat Mom’s Little Ones, Wangsa Maju, perlu survey lagi ni)
  • Losyen, scrub dan penjagaan diri (siap)

Paling best semalam, gi GM Plaza, Chow Kit Road tu borong rompers, baju, tuala untuk si kecil ni, murah, tapi beli banyak, hehe, okla, rompers mmg dah target beli kat sane, byk yg cantik2

Wah puas hati, boleh concentrate yang kat rumah pula.. πŸ˜€

Advertisements

Hari-hari yang sunat potong kain adalah Isnin, Khamis dan Jumaat.

Oh ye ker? Ada hari sunat memotong / menggunting kain pulak? Tak caya gi tanya mana-mana tukang jahit or designer fesyen kat butik. Tu pun kalo diorang nak bagitau, yela kan related dengan business diorang juga.

Ni pun saya tanya dengan dengan designer baju (pernah reka baju Faizal Tahir untuk persembahan AJL 2011 – persembahan yang masuk dalam tangki air tu.. hehe).Dia kata Isnin, Khamis dan Jumaat tu mmg khas untuk potong sahaja. hari lain baru menjahit, jahit baju, jahit manik dan sebagainya.

Perkara ini juga diakui oleh kawan-kawan yang emak dia tukang jahit.

Bukan apa untuk bagi sedap pakai kalau kita potong nanti, betul-betul ikut badan. Kalau kita tak sempat pun, potong bersyarat, maksudnya gunting mana-mana belah kain sikit dulu pada hari-hari yang sunat potong.Potong sikit pun tak pe kat hujung-hujung kain tu.

Saya ada meng’google’, tapi yang ada hanya memotong kuku, melibatkan hari yang sama (Isnin, Khamis dan Jumaat), mungkin itu sebabnya πŸ˜€

***

Hari Sabtu : nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit

Hari Ahad : nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kepadanya kemiskinan

Hari Isnin : nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sihat

Hari Selasa : nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk kepadanya penyakit

Hari Rabu : nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan

Hari Khamis : nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit

Hari Jumaat : nescaya keluar daripadanya dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah SWT

(Sumber : Klik)

***

Oleh itu, kita kena menggunting hari Isnin, Khamis dan Jumaat agar lebih keberkatan (ikut cara Islam).. πŸ˜€

Banyak betul agenda bermain-main dalam kepala Mak Buyung ini. πŸ˜€ (Saya sedang mengandungkan anak kedua – 8 bulan dah, bersalin awal bulan 6, hehe),
Sempat lagi plan untuk tempat menjahit saya.
Mulalah berangan…
Β 
Saya memang mengidam tempat menjahit dimana mesin-mesin diletakkan di atas meja dan mesti kena ada patung, susah maa kalau tak ada patung, dah siap nak suit kat badan tak nampak, lagi-lagi tengah mengandung ni, melebar sana-sini.. hehe (Sumber : Klik)
Sewing Studio saya? hehe
Rumah saya kecil, bilik pun 2 saja, barangan menjahit pun kongsi bilik dgn anak, sementara.. ok la kan, ada rumah sendiri seronok jugam boleh plan macam-macam ~mode : berangan~
Plan saya untuk susunatur ruang menjahit

 

1. Almari untuk alatan jahit, kain-kain dan aksesori
2. Ruang / Meja mesin jahit – sekarang saya ada dua mesin jahit (satu portable, satu ada meja)
3. Patung (Patung Mannequin cantik kan, macam ganbar kat atas ni) dan tempat penyidai baju untuk baju yang telah siap dan digosok
4. Saya amat memerlukanΒ  kain langsir atau wall paper untuk ambil gambar baju2 saya sebagai portfolio atau jualan
Dua daripada empat telah tercapai, ada lagi dua yang perlu diusahakan lagi, ye ye saya sedang survey2 patung dan kain langsir yang sesuai dengan tema blog saya.
Insya Allah, akan diusahakan dalam masa terdekat. Mudahkanlah Ya Allah. πŸ˜€
Bismillahirahmanirahim…
Assalamualaikum w.b.t.
Terima kasih kerana datang ke blog saya, saya sudah lama mengidamkan laman blog ini untuk menjadi sebagai port folio dalam bidang jahitan dan fesyen semasa.
Dan, bukan itu sahaja, mungkin kita boleh berkongsi-kongsi idea, inspirasi untuk menjadi lebih baik daripada semalam.
Saya mula berminat dengan alam jahitan dan fesyen semasa sejak mula bekerja di salah sebuah jabatan kerajaan yang agak terkenal di Malaysia dan masih mampu lagi meneruskan pelajaran yang lebih tinggi.
Saya sangat berharap, dalam beberapa tahun lagi saya dapat menjahit baju untuk semua family saya dan menjadikan cara ini sebagai pendapatan sampingan sebab saya amat meminati bidang perniagaan (Sunnah Rasulullah s.a.w).
Sekian, terima kasih dan jemput datang lagi ke blog saya. πŸ˜€